20 February 2012

Ribut Di Kangar.

KANGAR: Lebih 20 buah rumah dan gerai makan di kawasan Sena, Bintong dan Tambuan Tulang di Perlis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika hujan lebat namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan bancian kerosakan.
Seorang jurucakap JKM Perlis berkata, sehingga kini jabatan itu merekodkan lebih 20 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian belum diketahui.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad, berkata lebih lapan buah rumah dan gerai rosak dalam kawasan Sena.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis berkata, kejadian berlaku begitu pantas. - BERNAMA

Baca Lagi...

15 February 2012

Sensitiviti Diambil Kira Berhubung Capaian Peta Dalam Internet.


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan sentiasa mengambil kira maklumat pertahanan dan sensitiviti sesuatu kawasan sebelum membenarkan orang ramai termasuk rakyat Malaysia sendiri membuat capaian Geospatial sistem online Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Malaysia diiktiraf dunia antarabangsa kerana memiliki teknologi terkini dan kaedah yang sangat berkesan untuk membuat pemetaan Geospatial bagi kegunaan industri dan pertahanan.

“Sebelum semua maklumat dipaparkan kepada orang awam, semua maklumat sensitif akan ditapis dahulu ini dan ini sentiasa menjadi keutamaan, yang lain akan boleh dicapai oleh masyarakat awam atau sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium antarabangsa berjudul “Spatially Enabled Government and Society” di pusat konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Simposium dua hari bermula hari ini memghimpunkan pelbagai pakar antarabangsa termasuk tempatan untuk membincangkan isu-isu semasa berkait rapat dengan bidang Geospatial termasuk satu pameran kecil yang memaparkan teknologi pemetaan dan ukuran terkini.

Data Geospatial yang dimiliki oleh Jupem melibatkan tujuh bilion peta dan ukuran tanah di Malaysia yang diambil dari satelit sebelum maklumat itu dipancarkan terus ke dalam sistem internet untuk diakses orang ramai.



Baca Lagi...

Bernafas Kembali.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah menyepi hampir 2 tahun, blog ini kembali hidup. Up date seterusnya akan berbeza dari yang sebelumnya. Kemungkinan post lebih tertumpu untuk kategori berita, hiburan dan isu semasa.

Abaikan penulisan sebelum ini kerana lagi sekali blog bertukar tuan walaupun url dan nama blog tidak berubah. Dari masa ke masa akan ku edit mana yang perlu. Moga-moga blog terbiar ini akan hidup kembali dengan semangat yang baru.

Sekadar ini dahulu untuk pengenalan.
Sekian.

Baca Lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers