28 February 2012

Cara Pasang Menu Bar.

Untuk simpanan sendiri dan untuk berkongsi ilmu cara bagaimana memasang Menu Bar di bawah header. Bagi blogger baru yang mencari cara bagaimana memasang Menu Bar, boleh ikuti tutorial di bawah.

1. Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/ javascrip
2. Paste code di bawah dan edit url mengikut url yang sebenar.
3. Namakan sebagai Laman Utama.

Home

Sitemap

Contact

Banner

Bloglist

Tutorial | Tips

Baca Lagi...

27 February 2012

Cara Pasang Breadcrumb

Breadcrumb merupakan salah satu teknik SEO. Ia merupakan site navigasi yang perlu ada dalam sesebuah blog. Untuk memasang Breadcrumb dalam blog, sila ikuti tutorial yang disediakan

Cara Pasang Breadcrumb:
1. Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed.
2. Tick Expand Widget Templates dan klik Ctrl + F
3. Cari code <b:if cond='data:post.title'>
4. Paste kan code di bawah ini, di bawah code <b:if cond='data:post.title'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
Home »
<b:if cond='data:post.labels'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<data:label.name/>
<b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>

</b:if>
<data:post.title/>
</b:if>
5. Gantikan nama blog anda sendiri pada baris ke dua kod tersebut..
6. Klik Preview dan save jika tiada error.

Kredit: Neo

Baca Lagi...

26 February 2012

Tips Dan Tutorial

Assalamualaikum.
Bagi blogger baru, page ini mungkin berguna untuk anda. Page ini juga saya bina untuk panduan sendiri di masa akan datang sekiranya ingin mencipta blog baru atau apabila tukar template, segala data akan hilang terutamanya yang berkaitan dengan edit HTML. Ikuti tutorial yang saya taip semula hasil dari pembacaan di beberapa blog yang menyediakan tutorial berkaitan blogspot.

Tutorial lain akan di up date dari semasa ke semasa.

1. Cara Pasang Breadcrumb

2. Cara Pasang Menu Bar.

3. Cara Pasang Sitemap.

Baca Lagi...

24 February 2012

Lisa Surihani Milik Yusry.

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.

Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.

Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.

Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.

SUMBER: Kosmo

Baca Lagi...

Lelaki Maut Diseret Treler

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 141.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Hentian Rawar & Rehat (R&R) Juru, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, Goh Yeong Neng, 26, yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superintendan S Manogaran berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Butterworth selepas berhenti rehat di Autocity, di sini.

Menurutnya, mangsa yang belum berkahwin itu dikatakan memandu seorang diri dari Ipoh, Perak sebelum berhenti minum di kawasan Autocity sebelum meneruskan perjalanannya.

Katanya, setibanya di lokasi dipercayai mangsa gagal mengelak apabila sebuah treler yang membawa muatan besi berada di lorong kiri lebuh raya.

“Mangsa yang memandu kenderaan Ford Ranger gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang treler terbabit sebelum diseret sejauh 80 meter,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dalam kenderaan masih lagi bernyawa sebelum dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Manogaran berkata, kemalangan berkenaan juga menyebabkan kenderaan mangsa dan sebahagian belakang treler turut terbakar.

Katanya, pemandu treler yang berusia 30-an itu tidak mengalami kecederaan. “Kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SUMBER: mymetro

Baca Lagi...

20 February 2012

Ugut Sebar Gambar Bogel.

DUNGUN: Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.

Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya.

Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa, bagaimanapun, mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank sudah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya, mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira jam 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.

Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam.

SUMBER

Baca Lagi...

Ribut Di Kangar.

KANGAR: Lebih 20 buah rumah dan gerai makan di kawasan Sena, Bintong dan Tambuan Tulang di Perlis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika hujan lebat namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan bancian kerosakan.
Seorang jurucakap JKM Perlis berkata, sehingga kini jabatan itu merekodkan lebih 20 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian belum diketahui.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad, berkata lebih lapan buah rumah dan gerai rosak dalam kawasan Sena.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis berkata, kejadian berlaku begitu pantas. - BERNAMA

Baca Lagi...

15 February 2012

Sensitiviti Diambil Kira Berhubung Capaian Peta Dalam Internet.

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan sentiasa mengambil kira maklumat pertahanan dan sensitiviti sesuatu kawasan sebelum membenarkan orang ramai termasuk rakyat Malaysia sendiri membuat capaian Geospatial sistem online Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Malaysia diiktiraf dunia antarabangsa kerana memiliki teknologi terkini dan kaedah yang sangat berkesan untuk membuat pemetaan Geospatial bagi kegunaan industri dan pertahanan.

“Sebelum semua maklumat dipaparkan kepada orang awam, semua maklumat sensitif akan ditapis dahulu ini dan ini sentiasa menjadi keutamaan, yang lain akan boleh dicapai oleh masyarakat awam atau sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium antarabangsa berjudul “Spatially Enabled Government and Society” di pusat konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Simposium dua hari bermula hari ini memghimpunkan pelbagai pakar antarabangsa termasuk tempatan untuk membincangkan isu-isu semasa berkait rapat dengan bidang Geospatial termasuk satu pameran kecil yang memaparkan teknologi pemetaan dan ukuran terkini.

Data Geospatial yang dimiliki oleh Jupem melibatkan tujuh bilion peta dan ukuran tanah di Malaysia yang diambil dari satelit sebelum maklumat itu dipancarkan terus ke dalam sistem internet untuk diakses orang ramai.

Baca Lagi...

Bernafas Kembali.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah menyepi hampir 2 tahun, blog ini kembali hidup. Up date seterusnya akan berbeza dari yang sebelumnya. Kemungkinan post lebih tertumpu untuk kategori berita, hiburan dan isu semasa.

Abaikan penulisan sebelum ini kerana lagi sekali blog bertukar tuan walaupun url dan nama blog tidak berubah. Dari masa ke masa akan ku edit mana yang perlu. Moga-moga blog terbiar ini akan hidup kembali dengan semangat yang baru.

Sekadar ini dahulu untuk pengenalan.
Sekian.

Baca Lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers