24 February 2012

Home » , , » Lisa Surihani Milik Yusry.

Lisa Surihani Milik Yusry.


Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.

Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.

Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.

Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.


SUMBER: Kosmo

2 comments:

  1. Tahniah Lisa & Yusry. Alhamdulillah... akhirnya selamat diijabkabulkan. Sy tumpang gembira. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers