15 February 2012

Home » » Sensitiviti Diambil Kira Berhubung Capaian Peta Dalam Internet.

Sensitiviti Diambil Kira Berhubung Capaian Peta Dalam Internet.


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan sentiasa mengambil kira maklumat pertahanan dan sensitiviti sesuatu kawasan sebelum membenarkan orang ramai termasuk rakyat Malaysia sendiri membuat capaian Geospatial sistem online Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Malaysia diiktiraf dunia antarabangsa kerana memiliki teknologi terkini dan kaedah yang sangat berkesan untuk membuat pemetaan Geospatial bagi kegunaan industri dan pertahanan.

“Sebelum semua maklumat dipaparkan kepada orang awam, semua maklumat sensitif akan ditapis dahulu ini dan ini sentiasa menjadi keutamaan, yang lain akan boleh dicapai oleh masyarakat awam atau sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium antarabangsa berjudul “Spatially Enabled Government and Society” di pusat konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Simposium dua hari bermula hari ini memghimpunkan pelbagai pakar antarabangsa termasuk tempatan untuk membincangkan isu-isu semasa berkait rapat dengan bidang Geospatial termasuk satu pameran kecil yang memaparkan teknologi pemetaan dan ukuran terkini.

Data Geospatial yang dimiliki oleh Jupem melibatkan tujuh bilion peta dan ukuran tanah di Malaysia yang diambil dari satelit sebelum maklumat itu dipancarkan terus ke dalam sistem internet untuk diakses orang ramai.


1 comment:

  1. is it consider sensitive if we speak the truth? Just because they don't want people know what we feel or understand does mean it's sensitive to voice out our point of view!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers